بسم الله الرحمن الرحيم
Rukun Usrah dibahagikan kepada 3 perkara yang perlu dipelihara dan dihayati oleh setiap ahli usrah agar usrah yang dibentuk akan mencapai matlamatnya.
Tiga rukun tersebut ialah:
- At-Ta'aruf - berkenal-kenalan
- At-Tafahum - bersefahaman
- At-Takaful - bantu membantu
1. At-Ta'aruf
Iaitu berkenalan sesama anggota, seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengalaman yang dilalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian daripadanya dirinya sendiri. Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pengenalan yang mendalam antara dua saudara.
Oleh itu, taaruf hendaklah 
berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cintakan agama 
Allah. Taaruf ini hendaklah daripada dua belah pihak-memberi dan 
menerima.
Apabila pengenalan telah berputik maka ia akan menghasilkan buah yang baik dalam pergaulannya.
Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
” Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”
Sabda Rasulullah sollallahualaihiwasallam Dalam hadis yang lain;
” Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak akan membiarkannya”
Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
” Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu”
2. At-Tafahum
Saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak.
Persefahaman
 ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada
 persefahaman yang mantaap di kalangan anggota. Apabila persefahaman ini
 wujud maka segala nasihat-manasihati menjadi baik. Apabila persefahaman
 terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara 
mereka.pabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan 
membuahkan kasih sayang antara mereka.Perasaan syak wasangka hilang, 
perasaan hasad dengki terhindar. Dua saudara tidak mengambil hati 
apabila ia di tegur oleh sahabat. Rukun tafahum ini berkait rapat dengan
 ukhuwwah kerana ukhuwwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada 
persefahaman di kalangan mereka.
 
No comments:
Post a Comment